my follower

Jumaat, 23 Disember 2011

Bernafsu betul sekarang!!!!

Salam semua!

Ahh..tajuk kemain lg aih!

Kenapa eh???

Skrg dlm usaha berjimat cermat....mana tahu dpt org baru next year


 tgh gian pada CD...

bila tgk jer...perghhh x leh tahan!

rasa nak dan dan tu jugak!

mana nak cari?

aku bukannya tau mana tempat nk beli...

en asben????

lagi x tau...
.

.

.

.

.
.

.

.

.

heiiiiii.....korang pikir apa haa???

mmg jahat la korang...

ini kalau en asben baca, mau dipancungnya aku nanti! sori bang....


kan aku dah kata...

aku tgh bernafsu ngan CD ni.

comel2 semuanya!

modelnya pun kiut miut.....hmmmmm

that's it.....







pinjam kt google

.

.





















hahahaha......

.

terpaksa membeli secara online...huhu..

ada sesapa tau mana nak beli CD area Pulau Pinang selain Lunatots?

Khamis, 22 Disember 2011

2 tahun dah berlalu..


Salam semua...

Happy Birthday To You....
Happy Birthday To You...

Buat anak ibu...Selamat hari lahir yg ke 2 thn untuk Nur Iwana Najwa...satu2nya anak perempuan ibu..

Cepat benar masa berlalu, sedar2 dah 2 tahun berlalu..
Rasa seperti baru semalam ibu melahirkanmu...sayang







Semalam, 21/12/2011 genap lah 2 tahun umurmu. 



Andai anak ibu sudah dewasa, jadilah anak yg berguna, solehah, patuh pada ibu bapa. 


Selamat hari jadi, sayang......

Khamis, 8 Disember 2011

Pesanan untuk suami....

Salam semua...
'JIKA ISTERI MENANGIS DI HADAPANMU, 
HARGAILAH SEBELUM TERLEWAT....'


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .
Wahai suami2…
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu dalam.
Wahai suami2…
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan mensia siakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKITnya
yang disebabkan perbuatanmu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN…
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya…
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN
bagi kamu dan anak2mu…
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa…
Dia TERHARU dan MENANGIS
bila melihat KESENGSARAAN pada org2 yg dikasihinya…
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN…
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 perkara.
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”.
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yang solehah
dan sebarkan ini kepada seluruh SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA.
dan sesungguhnya isteri mu sangat BERHARGA.
Jangan sia-sia kan dia.
Hiburkan hatinya.
Bahagiakan dia.
InsyaAllah, rumahtangga mu akan bahagia dan ceria ;) :)
.

Selasa, 6 Disember 2011

Cinta itu buta atau kau yg buta????

Salam....


Dh brp ari aku x update blog aku nih???....asik blogwalking kat blog org jer...
Ni baru ada masa nk update citer...


Baru2 ni aku terbukak fb, dan aku amat2 terkejut bila melihat satu video yg datangnya dari Indonesia. Video ni mengisahkan seorg ibu sanggup mengahwini anak lelakinya sendiri.


 Astaghfirullahalazim......apa nak jadi la manusia di akhir zaman.....


Korang layan dulu yea video ni...geli geleman aku nengok anak beranak nih!!!





*

*

*

*

*


So, apa komen korang???

Mengapakah?

Apakah?

Bagaimanakah??

Sanggupkah?

Adakah??

Banyak benar persoalan yg timbul.....Agak2 apa komen anda yea???




Rabu, 30 November 2011

Huh...

Salam...

.

.

.

.

.

.

Kata orang....

.

.

.

.

.

bila tak tau...

.

.

.

.

BERTANYA......

.

.

.

.

.

.

kalau malu....

.

.

.

.

.

SESAT JALAN.....

.

.

.

.

MORAL OF THE STORY....

.

.

.
ngape ngko buat blur???? kalo ngko x tahu, tanya laaaa...haisssshhh!!!! susah betul laa......

Sabtu, 26 November 2011

Matangkah aku???

Salam....

Happy birthday to me......happy birthday to me...




Ehh...yg ke berapa??? Nak tau ker?? Bab2 umur ni sensitif sket noks....


Baru masuk alam 30an...Hah...muda lagi ok, dan di waktu umur yg cenggini la baru terhegeh2 nak mekap sana mekap sini. Ini gara2 takut laki cari lain la ni....En Hizam jgn macam2 yea....


Bukan kehendak en asben atau sesiapa, tapi kehendak diri sendiri. Hormon kegatalan nak bermekap tu datang tiba2, tak dipinta dan tak disuruh. Heheh...


En asben kata.....
" Nape sekarang ni bukan main lagi nak bermekap jer. Dulu zaman bercinta dulu xde pun nak mekap2, natural beauty la konon..." ...hahaha....dush...dush....agak kureng tol statement tu...jeles la tu! kih..kih


Aku pun x tau sebab apa, tapi yg pastinya aku mula nak bermekap lepas aku bersalin anak yg ketiga nih! heheh....sesekali nak jugak rasa comel (huh...comel la sangat!!!!) padahal tempek bedak, pakai eyeliner, mascara, lipstik jer....bukan beriya mana pun nak mekapnya, kan...


Macam tak berapa nak matang jer......

















Khamis, 17 November 2011

Jiran oh jiran...

Assalamualaikum..

Korang ada jiran yg best tak??? Agak agak yang best.....heeheh....

Aku ni bukannya sombong mana pun, org kata ala ala muka sombong (kot)

Ok, aku duk dlm kawasan perumahan teres. jadi jiran aku ada kiri, kanan, depan dan belakang. dalam banyak2 jiran yg aku jumpa, jiran umah sebelah kiri aku ni paling teruk sekali.

Kepada follower aku yg berjawatan seorg guru, aku mintak maaf laa....bukan niat nk burukkan guru keh!

Dah setahun lebih aku duk kat taman ni, aku x pernah tgk the real anak2 jiran aku yg special ni haa. bukan takat anak, ngan mak dia pun jarang aku nampak.

Ehh...sidai kain sama2 nih!! kot2 la nak jenguk muka smbil senyum2 simpul, tegur hai hoi hohoho...mcm ampeh! bkn dia x tau aku pun sidai kain sesama nih! buat2 x nampak aku yg seketul ni ada ler...


ini cerita pasal umah sebelah ni, bukan ujung umah sana nun. ngape la sombong sangat kak oi... (nak lawan sombong ngan aku kot..ngeeee)
tak elok sombong menyombong nih, dah susah nanti xder sape nak tolong...ingat tu!!

Nak buang sampah kat belakang umah....waaaa apa sudah jadik? sampah bertaburan ngan pampers, tuala wanita yg dah diguna di carik2 anjing/ kucing...masyaallah!!! Cikgu ke nih???


Aku nak kata apa??????

Ahad, 30 Oktober 2011

Cumbuan maut kat mana?????

Salam...

Testing..testing...

Mungkin aku agak terlewat ckit tgk video nih....

Aduhhh...apa nak jadik ngan anak2 muda Melayu kita yg semakin rosak akhlaknya....

Nak tengok????

Ok layan dulu...pas tu leh komen????




So.....apa komen korang?????

Jumaat, 28 Oktober 2011

cintaku beralih arah...

salam.

x tau kenapa tiba2 rasa ingin beralih arah.

aiii...mmg x cukup ngan satu la ko ni zehan!!!

mungkin aku rasa x sesuai dah kot atau aku nak bertukar selera....

aku dah 'guna' pun bukan lama mana....

ahhhh.....aku nak try la yg lain pulak......

dari yg ini....
.
.
.
.
.
.
.
.
.

pinjam foto dr efairuz yea...

aku bercadang nak bertukar kepada yang ini....
.
.
.

google punyer..
.
.
.
.

hehehe.....cam suspender jer....

dah lama aku aim Safi Rania Gold nih..katanya produk ni bagus untuk anti penuaan...betul ker??

ada sesapa pernah guna produk nih?????



Rabu, 26 Oktober 2011

Niat baik yg selalu disalahertikan..

Salam...


Apa cer??? sudah seminggu x update....agak busy sikit ditambah ngan mood yg kurenggg..


Aku....seorg jururawat.bekerja di wad medikal lelaki. nak kata aku bagus sgt, xder la...setiap org ada kelebihan dan kekurangan masing2 even org tu pangkat dato, dato seri, whatever laa...

Tugas aku kdg2 memerlukan komunikasi 2 hala antara aku dan pesakit aku. Mereka tanya, aku jawab, mintak tolong, aku tolong...Tapi ada segelintir manusia yg x memahami tugas kami dan mengatakan kami ni MENGGATAL, MENYIBUK and whatever la yg seangkatan dgnnya.

What the hell??? Ingat kami xde keje lain ker nk buat????


Wahai manusia2 di luar sana....jgn ler menuding jari pada golongan mcm kami ni haaa...kami cuma buat kerja kami jer...ingat2 la sama, kot2 bf korang/ tunang korang/ laki korang yg menggatal lebih, pastu kata kami yg menggatal ngan laki2 korang nih!!! Ewwww...xder masa dek non!!!! banyak keje lain kami nk buat....


Bila ramah sikit kata kami menggatal, bila buat2 x layan kata kami menyombong...pastu tiba la surat layang, kata misi x layan, menyombong, bila tanya buat x tau...haaaaa pastu siap surat komplen lg.....waahhhhh sakan hangpa nooo....


manusia...manusia....mmg x pernah yg puas!!!


Nota kecil: amat bersimpati ngan rakan seangkatan yg menjadi mangsa keadaan. niat baiknya mungkin disalahertikan oleh org yg x memahami....

Isnin, 17 Oktober 2011

Adakah tak up to date???

Mood nak mengexplore gadget aku yg baru mlm ni agak suam2 kuku. Ditambah pulak dgn kerenah dan kenakalan anak2 kesygn aku. Hehhh...


Blogwalking punyer blogwalking, ada gak budak2 sekolah yg ada membina blog sendiri. Kalau x silap aku umur dia 15 tahun. Mmg up to date laa...Nak tgk klik kat sini. Akak salute la dek non!!! Dia punya blog siap ada macam2 tutorial pasal blog nih!! Canggih manggih la!!!


Imbas semula waktu aku berumur 15 tahun...


Tahun 1995....masa tu dah ada komputer, laptop xde lagi. Internet pun kalau ada, caj amat la tinggi. Masa aku umur ni, x banyak aktiviti yg aku buat. Bangun pagi pegi sekolah, belajar, bercintan, rehat, balik umah, malam pegi tuisyen. Balik tuisyen mak suruh study lg..itu la aktiviti aku hari2.


Nak kata kenal komputer? Memang kenal tapi aku tak didedahkan secara langsung ngan benda alah ni. 


Sampai la umur aku  tua ganyut  sekarang ni, baru la nak kenal komputer, laptop, internet, blog, website...
Agak ketinggalan kan!! hehhehe....


Blog ni terbina pun lepas aku terbaca blog kakak ipar kepada kawan aku..ehehhe...yg ni yeaa...klik..klik.
Ala2 role model gitu...kihkihkih...


Agak2 korang ada tak  blogger yang berumur 65thn ke atas??? 

Sabtu, 15 Oktober 2011

Memang aku teruja......hooho

Hohohoh......

Ini dia gadget aku yg membuatkan aku teruja!! 

Keh..keh..keh....sonok mcm org giler

Mood : masih mengexplore enset ni....Sony Ericsson Live




padahal enset biasa jer....buat perabih duit!!!

bye



nota x puas ati : ada ke patut enset nokia 5730 yg aku beli ribu2 dlu klu tolak kt kedai xde rega???? mangkukssss!!!!!!




Jumaat, 14 Oktober 2011

Teruja vs Excited

Hohohoh.....

Apakah aku teruja???

Apakah aku excited????

Kenapa?????


Ehh.....teruja ke tu??
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Nanti kita citer yek...esok2 ke lusa ke.....

Sabtu, 8 Oktober 2011

Isi kandungan Bajet 2012



1) Tangani Inflasi
    - Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bawah RM3000
    - Penerusan subsidi bil elektrik RM20
    - Penerusan subsidi,insentif dan bantuan berjumlah RM 33.3 billion

2) Kakitangan awam
    - Struktur gaji lebih baik dengan kenaikan gaji 7-13 peratus
    - Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 mengikut gred
    - Umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun
    - Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500

3) Pesara Kerajaan
    - Bayaran khas RM3000 kepada bekas anggota,duda dan balu polis khas dan polis   tambahan
    - Kenaikan pencen 2 peratus setahun
    - Bayaran bantuan RM500

4) Peneroka FELDA
    - FELDA Global Ventures Holding disenaraikan di Bursa Malaysia untuk jadi syarikat konglomerat global
    - Peneroka akan dapat durian runtuh

5) Perumahan Rakyat
    - Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM400,000
    - 15,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
    - Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat

6) Sektor Swasta
    - Caruman majikan KWSP untuk gaji bulanan di bawah RM5000 dinaikkan kepada 13 peratus
    - Pelepasan cukai sehingga RM3000 bagi caruman skim persaraan swasta dan anuiti insurans
    - Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana skim persaraan swasta

7) Warga Emas
    - Caj pendaftaran pesakit luar percuma di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia
    - Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel

8) Pelajar
    - Yuran sekolah percuma
    - Bantuan RM100 untuk semua pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
    - Baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA dan IPTS