my follower

Sabtu, 27 Oktober 2012

Maggi lagi.....

Rasanya tak terlewat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha....


Semalam 26hb Oktober, Hari Raya Aidiladha, aku bekerja di pagi raya..
Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, jalanraya lengang...(mula kerja pukul 7am)
Sampai di tempat kerja, sayunya terdengar takbir raya..


tiba2 perutku berbunyi...baby di dalam ni mula menggodek2...
LAPAR....
Beginilah kalau bekerja di pagi raya..
serba tak kena mencari makanan di pagi raya...


Achaner mau kerja kalau perut kosong????
dah ku jangka akan jadi begini, seperti raya2 yang lepas...
semua jadi tak ketahuan, godek sana, godek sini...
kedai semua tutup even kedai mamak...


At last, terpaksa beli MAGGI....
Aduhhhh...sedih...perit...sayu...pilu....


Waaaaaaa........Sedih di pagi raya.....

Jumaat, 26 Oktober 2012

Daku terpesona...

Salam...


Waduh...waduh...bikin gawat nih!!!
Sejak memikirkan yang aku akan bersalin x lama lagi, pastinya perbelanjaan semakin bertambah. Hahh....x mungkin satu keajaiban akan berlaku....haihh...


Sekarang, aku tergila-gilakan cloth diaper brand Charlie Banana...khas untuk baby newborn. Nak tengok????









Comelkan??


Hehhehe...bila memikirkan harga dia yang not bad, rasa macam susah hati nak order....Tapi, kemudian hari memang menjimatkan, ye dak????
Nak tengok lagi???













Achaner??? Tergoda tak??? Sesuai dengan newborn 3kg-8kg...Price 1 set (6pcs) around RM300+....
















Sabtu, 20 Oktober 2012

Kurus atau gemuk?

Bila pandang tubuh anak2, hati kecil berkata..'awatla kuruih sgt anak anak aku ni, mcm x cukup makan..'

Adeh la..mkn mmg cukup, kekadang smpai nk menambah nambah..
Vitamin mcm2 vitamin dh mkn.,

Ni ikut badan mak ngan ayah dia la ni..

*toksah la duk bg vitamin je, padahal selera makan kemain lagi...*

Dan tengok la beza gambar anak aku ngan anak member aku, fuhh..jeles tol!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, 17 Oktober 2012

Adakala berjauhan itu lebih baik....

Title x berapa sesuai kan....

Di usia kandunganku mencecah 22weeks, anak2 sibuk bertanya..

'Ibu, kenapa baby ibu tak keluar lagi?'
'Nanti baby kuar, banyak darah ye ibu?'

Hehhh....tak sabar rupanya kamu semua yea....





Mood: rindukan en asben yang sedang bekerja malam.......hehehe

Eh..korang asingkan anak2 dari tempat tidur umur bape ek????

Rabu, 3 Oktober 2012

Sabar itu separuh dari iman

Aku teringat lima perkara...


Sihat sebeluim sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin 
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati.....


Walaupun engkau berpangkat tinggi, berharta, dihormati, engkau minta dihormati.
Segala apa yang kau minta, engkau mahukan segera.
Bilamana kehendakmu tidak dituruti, engkau mahu jumpa orang atasan
Engkau mahu menjatuhkan maruah mereka yang tidak menurutimu...


Apakah engkau tidak tahu...
Allah sedang mengujimu..
Menguji dengan kesakitan yang berpanjangan
Mungkin engkau masih tidak menyedari.


Sedarlah engkau...
Aku amat bangga dengan kerjayaku...
Dan aku akan tolong sebaik mungkin jika kau memerlukan pertolongan..
Tapi, 
engkau terlalu bodoh!!!!!


Engkau tu dah la sakit, duduk kat hospital daerah yang penuh dengan pesakit yang kronik..
Nak mintak ubat pelik2 kat hospital daerah, memang ler takde pakcik hoiiii...
Dah tu nak naik angin tak tentu pasal, ada hati nak komplen kat kementerian dan menggunakan nama isterinya yang juga bekerja di bahagian kesihatan (padahal JM jer...)

Tak usahlah nak berlagak pakcik hoiii....
Kita ni manusia biasa, ada salah dan silap
Takde sape yang perfect dalam dunia ni....

Alahaiii....pakcik..pakcik.....


Aku pun kadang2 heran gak dengan sesetengah orang awam ni. Pelik tapi benar...Kalau dah agak2 nak layanan first class bagaikan putera raja, ditatang bagai minyak yang penuh, jgn ler datang kat hospital kerajaan...hospital daerah plak tu.  Duk kat 3rd class, tapi nak lynn first class...Pi la masuk hospital swasta, dah memang terang2 depa layan first class punya. 

Ni tak...bayar RM3 sehari pun nak kecoh!!! Achaner tu??????








note: jgn terasa yer...hanya luahan hati yang tak brp nak puas hati.....huhu



Isnin, 1 Oktober 2012

Apa yang aku cari??

Salam

Menjenguk blog aku yang semakin bersawang ni, cian kat blog aku...
Dok jenguk blog orang, tapi blog sendiri yang terbiar...hehehhe


Sejak preggy ni, tiap kali online aku akan bukak site tentang preggy, breastfeeding and all about the baby's world. Macam tak percaya aku akan preggy kali ke 4....produktif betul!!!


Benda pertama yang aku tengah cari sekarang adalah breastpump. Aku tengah survey2 breastpump apa yang mampu aku beli. Cukup buat aku selesa dan boleh menghasilkan susu yang banyak untuk baby baru aku. Sebelum ni aku guna yang murah2 jer tapi ada yang menyakitkan dan buat aku tak selesa. Dan of course aku akan beli secara online. Kenapa? Teruskan membaca...

Any suggestion?

Benda kedua yang aku cari adalah breastmilk storage. Tak kisah la yang jenis botol atau plastik. Kalau nak nampak cantik tersusun, of course la botol kan...tapi tak menjimatkan ruang. Kalau guna plastik plak kang, ada potensi plastik tu pecah atau leaking. Tapi, yang penting....free BPA. Yang ni pun aku akan beli online....

Any suggestion?

Benda ketiga yang aku survey, deep freezer. Haii....nafsu org pompuan ni tak leh nak jangka! Peti ais yang aku ada sekarang ni memang banyak compartment. Tapi tempat yang beku, alaa..ciput jer...
Sesekali beli lauk pauk ditambah ngan fast food (nuget or something else) memang penuh. 
Ari tu ada gak sound2 kat en asben....'Eee..penuh peti ais nih...sampai nak letak lauk pun xde tempat. Ni kalau bersalin ni kena beli deep freezer nampak gayanya....'  
En asben dok jeling jer...alaa...dun worry la abang, kalau beli pun bukan beli guna duit abang pun....(hanya berkata2 dalam hati jer....) Heheheh. Yang ni kena bawak en asben pi kedai tengok sendiri.
So, deep freezer brand apa yang ok? 

Kenapa nak beli online? 

Susah betul nak citer...Lain orang lain pandangan. Memang hajat hati mau beli kat kedai dan tengok sendiri. Tapi disebabkan kekangan masa dan keadaan di samping tidak mendapat sokongan dari asben sendiri. Ketiga2 anak yang lahir tak ada yang mencecah 5 bulan dalam dunia breastfeeding. Memang aku frust. 
Walaupun aku bekerja dalam health side, tapi aku kurang mendapat info tentang breastfeeding disamping tak mendapat sokongan penuh dari asben sendiri. Ye la...dulu aku takde lappy, skrg dah ada. Dulu xde internet, skrg dah ada streamyx..Dulu takde Fb, skrg dah ada....Zaman dah berubah....


So, kengkawan, cer bagi sokongan kat saya untuk memenuhi impian saya dalam dunia breastfeeding yeaa....Tq, singgah kat blog usang nih...