my follower

Jumaat, 27 April 2012

Tonsilitis

Asalamualaikum...

lama betul x jenguk blog aku ni haa...
bukan  xde masa, tapi masa aku banyak terbuang dengan kerja, dan anak2
pendek kata sibuk sikit jika nak dibandingkan dengan hari2 yg lepas.

Tonsilitis.
Anak2 aku baru jer melepasi satu penyakit ni.
Argghhh..stress betol!!

Tanda2 penyakit ni..
  • demam sehingga suhu badan naik sampai 40 degree (anak aku 40.3degree)
  • xde selera makan
  • sakit tekak

untuk pengetahuan, tonsil ni berada dalam mulut ...
Rupa tonsil yg dijangkiti mcm ni yea...

pinjam kat en google

Melalui pemeriksaan darah mmg menunjukkan anak aku telah dijangkiti. Dalam mulut dia sebijik mcm dlm gambar tu. Kesian....suara pun dah jadik lain.

So, terpaksa la start antibiotik.
Bila start antibiotik, cam biasa la kalau nak makan ubat punya time..
seksa yg amat...sabor je laa
Akhirnya, dengan kepakaran yg ada (ecececeh...), kami laki bini buat keputusan untuk memasukkan iv line...iaitu memasukkan ubatan melalui saluran darah. 
Apalagi, melalak sakan ler bila dicucuk...
sabar ye anakku..
ibu mahu kamu sembuh cepat...



PEACE!!

Finally...
inilah hasilnya...
memasang iv line dan membuat rawatan di rumah. heheheh..

Kebiasaannya pesakit yg mengalami tonsilitis akan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian kerana jika kedua2 belah tonsil semakin membengkak, akan menyebabkan pesakit sesak nafas kerana saluran pernafasan tertutup. Dan boleh menyebabkan kematian.
tapi disebabkan aku malas nak berumahtangga kat wad, jadi aku membuat rawatan di rumah...hehhehe...
pada kengkawan, jgn tiru saya yer....

Alhamdulillah, ari ni ari yang ke 4 dia menerima antibiotik dan semakin sihat. Hari2 bertanya, 'bila Along nak pi sekolah ibu?' 


#takut dengar en asben cerita ada budak umur 6 tahun mati kerana tonsilitis#

Sabtu, 14 April 2012

bagus ke?

Kata mereka, produk ini bagus
Jadi,
Aku mahu mencuba....


ada sape2 yg pernah cuba?