my follower

Rabu, 12 September 2012

Jom stripwash CD!!

Salam...

Bila tgk CD (cloth diaper) yg berlambak dlm almari, aku bercadang nak buat stripwash kt cd tu. Sejak beli ari tu, aku x pernah stripwash..hehe..

Kenapa cd kena stripwash?
Cd yg aku guna skrg ni bkn brand yg mahal pn, even pakai brand cd yg mahal pun, bila tiba masanya kena gak stripwash cd tu..
Kenapa? Sebab cd yg dipakai lama akan menyebabkan tahap penyerapan makin b'kurangan. Itu sbbnya kdg2 cd tu akan jadik leaking, meleleh2 air kencing..huhu

Bila kena stripwash?
Sepatutnya 3 hingga 6 bulan pemakaian. Hehe...cd aku dh dkt 2 thn x stripwash, sbb kurang informasi. Bila dh tau, baru terhegeh2 nk buat..

Cara2 stripwash?
Aku pun google jer. Disbbkan aku malas, aku buat cara yg paling senang..
Mula2 asingkan cd dan insert.
Pastu korang rendam cd ngan sabun sunlight (sabun basuh pinggan tu). Masa rendam tu korang gonyoh (gosok2) cd luar dan dlm. Gosok ngan lemah lembut ye..then korang bilas ngan air biasa smpai hilang sabun dia.

Yg insert dia pulak, aku rendam dgn air panas suam+sedikit cuka. Fungsinya untuk membuang lebihan sabun2 yg melekat kt insert tu di samping melembutkan insert tu tadi. Rendam ikut suka, ada yg suka semalaman, mcm aku separuh ari je dh cukup. Pg2 aku rendam, tghari ckit aku dh bilas.
Dh abis rendam, korang bilas ngan air biasa smpai korang rasa cuka tu dah xde. Then korang mskkan cd ngan insert dlm washing machine. Cuci mcm biasa, tp terpulang sama ada nk buh sabun ke tak. Aku buh ckit je, kasi wangi2 ckit..hehe

Pastu boleh la korang jemur kat terik matahari sampai kering..
Selamat mencuba..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, 9 September 2012

kesayanganku

Salam,

Apa khabar kamu di sana?
Harap sihat2 di sana
Maaflah, kesibukan aku telah mengabaikan kamu
Maaf ye...
Bukan aku tak sayang
Tapi masa tak mengizinkan
Sesungguhnya masa itu mencemburui aku!

Kamu duduk baik baik di sana
Jangan nakal nakal di sana
Sesungguhnya aku tidak sabar untuk ketemu kamu
Akan aku jaga kamu sebaik mungkin
Mana bisa aku menyakiti kamu
Akan ku korbankan segalanya untuk kamu

Sayang aku pada kamu tak tergambar dgn kata2
Ahh..tak sabar aku menunggu kamu tahun depan

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku..

Notakaki: udah 2 minggu aku tak pergi TCA antenatal!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sabtu, 8 September 2012

Moga ada sinar untuknya....

Salam semua...

Aku nak cerita sesuatu di sini. Aku mengenali seorang wanita ini setelah dia berkahwin dgn rakan tempat kerja suamiku. Aku mengenali dia pun melalui laman sosial facebook.  Aku jarang berjumpa dengan dia. Kalau berjumpa pun, aku sekadar tersenyum dari jauh. Tak pernah bersembang.  Cuma status yang dia update di fb jer membuatkan aku ingin mengetahui sesuatu. Tapi aku tidak khabarkan padanya.


Sejak kebelakangan ni, status yang dia letak di fb seolah-olah menyatakan yang dia amat kecewa, sedih, hampa...sehinggalah dia menyatakan status dari 'married' menjadi 'single'...Aku tertanya tanya sendirian, apakah? mengapakah? bagaimanakah? Hishhh...biar betul....

Sehinggalah tiba hari ini, mungkin dia pun nak meluahkan perasaan yang terpendam, perasaan yang remuk redam, dia menegurku melalui laman fb. Seperti yang aku jangka, mmg dia nak meluahkan perasaan dia. 


Rupa-rupanya rumahtangga yang dibina bersama sehingga melahirkan 2 cahayamata dah hancur dan musnah disebabkan orang ketiga. Ya Allah...dan aku tak sangka orang ketiga itu adalah rakan sekerja suaminya. Begitu berat dugaan yang Allah beri padanya. Dan yang paling aku tak boleh terima, bila suaminya berkata dia tak mahu bertanggungjawab dgn anak2nya....Bapa jenis apa tu? Suaminya ramai yang mengenali di tempat kerja kerana dia pandai bab2 agama, pandai mengaji, tapi kenapa melepaskan tanggungjwab macam tu jer? Islam mengajar kita begitu ke? Disebabkan cinta itu buta, semua harus diketepikan...anak2...isteri....rumahtangga....Tak ada perasaan langsung ke? Tak kesian kat anak2 ker?


Sebagai seorang isteri dan wanita, aku amat kecewa kerana ada juga wanita yang sanggup melukai kaumnya sendiri. Mengapa suami orang juga yang kau pilih? Apa tak ada lelaki lain ke kau nak cari??? Atau kau tu tak laku?  Ehh... Emosi pulak aku malam ni....


Apa yang aku boleh buat? Cuma bagi kata2 semangat jer...Tapi, aku salute la kat dia. Tabah  dan cekal betul dia. Kalau lah aku berada di tempat dia, x boleh nak dibayangkan betapa hampa dan kecewanya hati ini. Alhamdulillah...aku mempunyai suami yang begitu menghargai aku, yang menyayangi aku. 


Kepada 'wanita' itu, aku doakan kau tabah demi anak2 kau. Pedulikan apa orang kata. Berdoa banyak2 moga Allah beri balasan yang setimpal pada mereka. Bersabar banyak2....Insyaallah ada hikmah di sebaliknya...


Selasa, 4 September 2012

Testing ..testing..

Published with Blogger-droid v2.0.9