my follower

Khamis, 12 Mei 2011

Happy Nurses Day....







12hb Mei.....Happy Nurses Day...Hanya jururawat saje yang faham hati seorang jururawat. Ada yang kata..."ewww...jadi nurse, kotor la, main dgn taik org....muntah org.."(pendek kata kerja kotor la ni..) Ada jugak yang kata "busuk la jadik nurse!!"


Bagi aku sendiri, bidang ni amat mulia dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Manusia memang banyak kerenah kalau dah sakit....itu tak kena, ini tak kena....Memang kena banyak bersabar...Belum ditambah dengan ahli keluarga pesakit yang kadang2 lebih dari pesakit sendiri (memanglah nk di layan dengan baik)
Ada jugak yang jadikan nurse ni macam kuli batak depa,..kami ni pun manusia biasa yang ada hati dan perasaan. Bila tak dilayan dengan baik, sampailah surat complain, kata nurse cakap kasar la, layanan yang kasar la...
Cubalah faham wahai insan...bayangkanlah jika anda berada di tempat seorg jururwt, di tempat kerja sibuk melayan kerenah pesakit, balik rumah sibuk melayan suami dan anak2. Bagi suami yg memahami, alhamdulillah..


Itu bab dengan pesakit. Bab dengan doktor pulak...macam2 hal! Doktor dengan perangai mereka, dan adakalanya setiap jururawat harus memahami sikap seseorang doktor yg mempunyai kerenah tersendiri. Ada yang order macam2 sampai x sempat nak buat apa yang diorder..Bila ada yang tertinggal, mula melenting, complain kat sister kata dia ni x pandai buat kerja la, dia tu x buat apa yg di order la, dia tu x inform la..bla..bla..bla...


Kami ni bukan robot la...kami ni manusia biasa, setiap manusia bukannya perfect, dan adakah doktor seorang yang perfect yg mungkin x pernah melakukan kesilapan langsung? (Bukan nk kondem doktor ok..sekadar renungan bersama)


Bukan nk kondem sape2, tapi sekadar luahan dan juga pengalaman sepanjang bekerja sebagai seorang jururawat. Dan aku bangga menjadi seorang jururawat!! HAPPY NURSES DAY TO ALL NURSES OUT THERE...PEACE!!!!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan