my follower

Isnin, 23 Mei 2011

Bibik....oh..bibik

Tinggal lagi 8 ari...setiap ari menghitung hari yang akan mendatang. Hmmm....x sabar2 dah maid aku nak balik Indon. Katanya nak balik kawin. Entah ya atau tidak...wallahualam.

Gambar di atas jgn gosip2 aaa.....Ni la maid aku yg telah berkhidmat dengan aku selama 3 tahun. Alhamdulillah, dia menjaga anak aku dengan baik.

Mula2 dulu ramai yg x setuju aku ambik maid.
'Indon ni mang x leh caya laaa...'
'Berani ngko amik Indon? Sekali dia amik laki kau nnti, camner??'
'Tak payah la amik Indon, bukan leh caya...depan kita baik la, belakang.......'

Itu antara feedback yang aku dapat sebelum aku amik maid. Kadang2 hati aku goyah gak bila teringat apa org cakap, apa yg orang lain alami. Mak aku jangan kata la, memang bantah sungguh2!!
Maid aku ni dtg dari Medan. Orgnya kadang2 lurus bendul, kadang2 melawan gak apa yg kita cakap..(eee..geram!!!) Tapi, tak kisah laa, janji dia jaga anak aku dengan baik dah cukup.

Sepanjang dia menjaga anak2 aku, depa jarang sakit. Tapi, bila dh masuk tahun akhir dia bekerja, rajin pulak datang demam. Cam mana la agaknya kalau dia dah balik nanti.
Maid dah xde nanti, hmmm...kepenatan la aku menjaga hero dan heroin aku yang semakin membuas!!
Kepada encik hizam, bantu bantu lah isterimu ini nanti, janganlah hanya tahu menghisap rokok aje di luar sana yea......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan