my follower

Selasa, 31 Julai 2012

Tidak rasa berdosakah??

Salam Ramadan..


Sekarang ni, tiap kali bukak blog, saya akan baca blog yang berkenaan dgn breastfeeding, pregnancy...
Yup...memang saya excited. Sejak disahkan preggy, saya memang berniat untuk memberi yg terbaik untuk bby kali ni.


Ye laa...dari anak sulung sampai anak no 3, breastfeeding x pernah cukup smpai 6 bulan. Disebabkan tekanan kerja, xde waktu untuk mengepam di samping kurang mendapat sokongan. 
Memang saya bekerja dalam bahagian kesihatan, dan saya tau kepentingan breastfeeding, tapi tanpa sokongan dari org terdekat even suami sendiri, memang takkan ke mana2 breastfeeding journey tu. Kan???


Tapi, bukan itu yg saya nak cerita di sini. 
Teman2 blogger, saya cuma nak tahu, ini kisah seorang kawan saya... berdosa tak kalau kita disahkan mengandung then kandungan baru sebulan lebih, disebabkan tak bersedia lagi, jalan terakhir, gugurkan kandungan.


Sebagai seorang ibu, terguris hati saya bila mendengar perkataan gugur tu. Kenapalah tak bersyukur atas pemberianNya. Kalau dah tau x bersedia lagi, rancanglah. Sekarang ni macam2 kaedah rancang kehamilan.  


Seorang lagi kawan saya pun sama jugak. Bila tau diri tu preggy dan dalam keadaan tak bersedia, mula berjumpa Doktor dan minta digugurkan. Tapi dengan kuasa Allah, dan mungkin bby tu nak melihat dunia, dia dilahirkan dengan sempurna tanpa cacat cela. Cuma nya, ibunya aje dapat komplikasi semasa waktu melahirkan dan mungkin saya agak dia akan menyesal seumur hidup bila dapat tahu bahagian peranakan dah tak boleh digunakan lagi dan terpaksa dibuang. Subhanallah.


Saya tak tau samada kawan saya tu sedar atau tidak itu adalah balasan Allah terhadap perbuatannya. Saya agak mungkin dia akan menyesal. 


Haih...emotional plak pagi2 nih!!! Tapi saya memang sedih la bila kawan2 saya tergamak menggugurkan kandungan walaupun kandungan tu halal dan suci. 


Pinjam kat google

Tak kesian ke???


6 ulasan:

  1. salam zehan...kesiannya k.atie baca kisah tu.Org xder anak...nkkk sgt anak.

    Tp org yg Allah beri rezeki zuriat awal..xmo lak.Meh!sini..kasi k.atie jer,sukeeeee.

    Klu berminat dgn pemanggang ajaib..colling2 k.atie ya kat blog :D

    BalasPadam
  2. kalau mmpunyai sebab yg mmberi komplikasi kpda ibu mngandung takpe,kalau saja2 mmg berdosa..

    BalasPadam
  3. azatie: ye lah...bila Allah bg, pi buang, kalau dah xde tu sibuk sgt nak...manusia mmg x reti bersyukur...

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum
    salam kenal.. saya follow sini

    sayapun tidak setuju jika digugurkan.. walaupun kita dah merancang tapi melekat jugak, bersedia atau tidak kita mesti menerima melainkan jika mendatangkan mudarat pada kita.. (sakit)
    manatau yang digugurkan itu adalah anak yang paling baik dan akan memberi syafaat kat akhirat nanti

    BalasPadam
  5. salam akk zehan :)..kite geram bce cter akk nie..ade gak org mcm 2 dlm dunie nie..apa2 pun kite dh folo blog akk..kite dpt tau akk tgh pregnant kan..hehe..kite ade jual barg baby kt fb..jom la singgah kt http://www.facebook.com/HamimLiebeHouse ade promotion skrg nie.. Selamat berpausa dan berbuka :)

    BalasPadam