my follower

Sabtu, 21 Julai 2012

Selamat berpuasa anakku....

Salam...

Bila bercerita tentang Ramadan, banyak nostalgia yg melintas di fikiran. Zaman kanak2 especially....Masa tu tak pernah terfikirkan perasaan mak dan ayah kita yang amat mengharapkan kita berpuasa hingga ke akhirnya. 


Hari ni hari pertama berpuasa. 
Saya tak mengharapkan anak sulung saya Irfan, menghabiskan puasa sampai ke petang. Cukup sekadar separuh hari pun saya dah cukup puas hati.
Ye lah...umur nya baru 6 tahun...tak boleh berlapar langsung...hmmm


Saya gerakkan dia bersahur pg tadi. Mujur dia jenis yang senang bangun pagi. Cuma agak liat bila disuruh makan. Bila di sogok dengan telur goreng, baru terbuka selera agaknya. Janji, ibu yang suap!!! (mau air tangan ibunya juga..)


Selepas bersahur, seperti biasa, dia masuk sambung tidur semula. Jam 9.30 pagi, dia dah bangun. Risau juga kalau dia kata lapar. Ye...memang dah dijangkakan. Dia mengadu lapar. Puas saya terangkan yang dia berpuasa...x boleh makan dan x boleh minum. Tiba2 mengalir air matanya. Kesian pulak. Tapi saya kena tabahkan hati. Saya kena ajar dia berpuasa walaupun sekerat hari. Sabar ye anakku....




Memang benar kata orang, nak mendidik anak2 perlukan kesabaran yang tinggi. Tambah2 lagi di bulan puasa ni. Dan ini adalah tahun pertama anak sulungku belajar berpuasa. 


Ya Allah Ya Tuhanku, kau kuatkanlah hati anakku dalam menjalani ibadah ini, dan Kau permudahkanlah segala urusannya.....Amin.


2 ulasan:

  1. insyaAllah bole irfan berpuasa tu..hehe akak ni dulu pun puasa separuh hari je

    BalasPadam
  2. comel2 anak2 akk..:)
    name yg sulung mcm name adek sy...hehe...


    slmt berpuasa buat akk n family..:)

    BalasPadam