my follower

Rabu, 3 Oktober 2012

Sabar itu separuh dari iman

Aku teringat lima perkara...


Sihat sebeluim sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin 
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati.....


Walaupun engkau berpangkat tinggi, berharta, dihormati, engkau minta dihormati.
Segala apa yang kau minta, engkau mahukan segera.
Bilamana kehendakmu tidak dituruti, engkau mahu jumpa orang atasan
Engkau mahu menjatuhkan maruah mereka yang tidak menurutimu...


Apakah engkau tidak tahu...
Allah sedang mengujimu..
Menguji dengan kesakitan yang berpanjangan
Mungkin engkau masih tidak menyedari.


Sedarlah engkau...
Aku amat bangga dengan kerjayaku...
Dan aku akan tolong sebaik mungkin jika kau memerlukan pertolongan..
Tapi, 
engkau terlalu bodoh!!!!!


Engkau tu dah la sakit, duduk kat hospital daerah yang penuh dengan pesakit yang kronik..
Nak mintak ubat pelik2 kat hospital daerah, memang ler takde pakcik hoiiii...
Dah tu nak naik angin tak tentu pasal, ada hati nak komplen kat kementerian dan menggunakan nama isterinya yang juga bekerja di bahagian kesihatan (padahal JM jer...)

Tak usahlah nak berlagak pakcik hoiii....
Kita ni manusia biasa, ada salah dan silap
Takde sape yang perfect dalam dunia ni....

Alahaiii....pakcik..pakcik.....


Aku pun kadang2 heran gak dengan sesetengah orang awam ni. Pelik tapi benar...Kalau dah agak2 nak layanan first class bagaikan putera raja, ditatang bagai minyak yang penuh, jgn ler datang kat hospital kerajaan...hospital daerah plak tu.  Duk kat 3rd class, tapi nak lynn first class...Pi la masuk hospital swasta, dah memang terang2 depa layan first class punya. 

Ni tak...bayar RM3 sehari pun nak kecoh!!! Achaner tu??????








note: jgn terasa yer...hanya luahan hati yang tak brp nak puas hati.....huhu



2 ulasan:

  1. slm..
    mama pernah dok spital gomen.. layanan nak kata tak ok.. ok.. cuma sesetengah tuh ada yg ambik mudah dgn kesakitan org.. mama tunggu misi gi ambik ubt tahan sakit dekat sejam sedangkan takde jauh berbenor.. sabar.. mmg sabar tp kalu keja sekadar lepas batuk ditangga makanya semua org terpalit sama.. sy yakin zehan keja seikhlas hati.. tp dugaan nak menduga kekuatan iman jew tuh..:p

    BalasPadam
  2. mama maman: thanks....bukan nak sebelahkan sesiapa yer..nurse pun tak, pesakit pun tak....
    kdg2 pt kena faham, seorang nurse kena menjaga 10 org pesakit (kdg2 lebih), nisbah 1:10....
    pesakit mcm2 ragam dan macam2 peel..
    kalau duk 1st class, mungkin 1 nurse 2 pesakit....
    so, kdg2 org awam kena faham jugak..
    nurse ni manusia biasa, kdg2 ada jugak yg pelupa....hehehe...(macam saya...)
    so, kalau depa lupa, tlg ingatkan balik ek...
    peace....

    BalasPadam