my follower

Rabu, 21 Mac 2012

Inilah manusia.....


Ku tenung wajah itu...dalam...
Perasaan bercampur baur...
sedih, geram...mcm nak hempuk pun ada
sedang mengandung....6 bln ke atas barangkali..
ya, aku pun pernah mengandung...(3 kali ngandung kau!!)
dan aku tahu engkau sekeluarga mungkin dari kalangan org berada..ada aku kesah???
mungkin pada pandangan kamu, kami ni cuma kuli batak jer..
cuci berak org, cuci 'anu' org, cuci yg kotor2 
cara kamu memandang kami seolah olah kami ni pengotor, busuk!!

TAPI..
yg kami cuci tu bukan org lain..
sahabat seagama kami jugak...
x lain x bukan BAPAK kamu sendiri!!!
Sedarlah engkau wahai ibu yg tgh mengandung..
bukan ke semasa mengandung kena jaga perilaku, tutur kata, bahasa yg indah2
ini tidak...
kau lemparkan perkataan yg menusuk sampai ke tulang hitam
Perrggghhh.....aku akan ingat smpai mati! 

Aku lihat, sepanjang BAPAK kau di wad aku, x seorang pun ahli keluarga kamu yg menyentuh BAPAK kamu.
aku lihat kamu semua memerhati dari jauh, komen itu komen ini...
kalau betul la kamu semua menjaga elok bapak kamu, mana mungkin terlalu banyak luka bedsore yg ada di badannya....(bedsore adalah kudis yg terjadi akibat terlantar atau terbaring dalam jangkamasa yang panjang)
kesian....
kesian aku tengok pakcik tu. 
Mungkin anak2 dia fikir dengan duit boleh beli segala galanya sehinggakan budi bahasa langsung hilang, senyuman di bibir susah sekali nak terukir....

Ya Allah, aku telah mencuba menjadi yang terbaik. Andai aku berada di tempat pakcik itu suatu hari nanti, aku pohon padaMu supaya anak2 ku mengerti akan perasaan ku waktu itu, yang memerlukan bantuan dari tangan anak2 ku sendiri, bukan dari orang lain. Amin

Notakaki: Pesakit tu dah discaj dr wad aku. Ntah mcm mana agaknya keadaan dia di rumah..


5 ulasan:

  1. salam kak..

    semoga akak terus menjadi nurse yang baik.. besar ganjarannya..

    semoga perempuan mengandung itu juga berubah.. mungkin die akan lebih memahaminya nanti bila dia merasainya sendiri..

    bukankah kehidupan ini tidak selamanya di atas..

    BalasPadam
  2. sekadar berbahasa dan beradab apalah salahnya berterima kasih dan memenaiskan muka pada org yg sudi menjaga ahli keluarga kita dgn baik..sedihnya dgn cerita ini.. lebih sedih dengan nasib pakcik tu.. mmg jelas kan.. duit tak boleh membeli segalanya.. apatah lagi membeli belas anak2 untuk menjaganya ketika sakit.. harap2 kita mampu memberi yg terbaik buat ibu bapa kita dan kita dapat yg terbaik dari anak2 kita.. amin..

    BalasPadam
  3. teruskan kerja murni mu itu dear :) usah fikirkan orang sebegitu .

    btw salam perkenalan :)

    BalasPadam
  4. Salam perkenalan=)
    sayu bace kisah ni.
    peringatan buat diri saya sendiri juga

    BalasPadam
  5. Salam,
    huhu.. sedihnya.. cian pakcik tu.. Moga akak terus diberi ketabahan dan kesabaran dalam menjalankan tanggungjawab yang murni ni..

    BalasPadam