my follower

Sabtu, 8 September 2012

Moga ada sinar untuknya....

Salam semua...

Aku nak cerita sesuatu di sini. Aku mengenali seorang wanita ini setelah dia berkahwin dgn rakan tempat kerja suamiku. Aku mengenali dia pun melalui laman sosial facebook.  Aku jarang berjumpa dengan dia. Kalau berjumpa pun, aku sekadar tersenyum dari jauh. Tak pernah bersembang.  Cuma status yang dia update di fb jer membuatkan aku ingin mengetahui sesuatu. Tapi aku tidak khabarkan padanya.


Sejak kebelakangan ni, status yang dia letak di fb seolah-olah menyatakan yang dia amat kecewa, sedih, hampa...sehinggalah dia menyatakan status dari 'married' menjadi 'single'...Aku tertanya tanya sendirian, apakah? mengapakah? bagaimanakah? Hishhh...biar betul....

Sehinggalah tiba hari ini, mungkin dia pun nak meluahkan perasaan yang terpendam, perasaan yang remuk redam, dia menegurku melalui laman fb. Seperti yang aku jangka, mmg dia nak meluahkan perasaan dia. 


Rupa-rupanya rumahtangga yang dibina bersama sehingga melahirkan 2 cahayamata dah hancur dan musnah disebabkan orang ketiga. Ya Allah...dan aku tak sangka orang ketiga itu adalah rakan sekerja suaminya. Begitu berat dugaan yang Allah beri padanya. Dan yang paling aku tak boleh terima, bila suaminya berkata dia tak mahu bertanggungjawab dgn anak2nya....Bapa jenis apa tu? Suaminya ramai yang mengenali di tempat kerja kerana dia pandai bab2 agama, pandai mengaji, tapi kenapa melepaskan tanggungjwab macam tu jer? Islam mengajar kita begitu ke? Disebabkan cinta itu buta, semua harus diketepikan...anak2...isteri....rumahtangga....Tak ada perasaan langsung ke? Tak kesian kat anak2 ker?


Sebagai seorang isteri dan wanita, aku amat kecewa kerana ada juga wanita yang sanggup melukai kaumnya sendiri. Mengapa suami orang juga yang kau pilih? Apa tak ada lelaki lain ke kau nak cari??? Atau kau tu tak laku?  Ehh... Emosi pulak aku malam ni....


Apa yang aku boleh buat? Cuma bagi kata2 semangat jer...Tapi, aku salute la kat dia. Tabah  dan cekal betul dia. Kalau lah aku berada di tempat dia, x boleh nak dibayangkan betapa hampa dan kecewanya hati ini. Alhamdulillah...aku mempunyai suami yang begitu menghargai aku, yang menyayangi aku. 


Kepada 'wanita' itu, aku doakan kau tabah demi anak2 kau. Pedulikan apa orang kata. Berdoa banyak2 moga Allah beri balasan yang setimpal pada mereka. Bersabar banyak2....Insyaallah ada hikmah di sebaliknya...


1 ulasan: