my follower

Ahad, 20 Mei 2012

Beruntungnya kamu..

Bila ku pandang wajah anak-anakku, betapa beruntungnya kamu semua. Mintalah apa sahaja, selagi ada kudrat dan rezeki yg lebih, insyaallah akan kami tunaikan. Betapa beruntungnya kamu semua...


Semasa ibu kecil2 dulu, ibu tak pernah merasai apa yg kamu rasa sekarang ini. Ya, memang mak ibu seorg yg bekerja, mempunyai gaji yg cukup utk membantu abah ibu.

Memandangkan ibu anak kedua, ibu terpaksa banyak mengalah dgn adik beradik yg lain sementelah ibu dijaga oleh nenek ibu sejak dr kecil lagi.


Adakalanya ibu meratap sendirian, menangis bilamana permintaan ibu tidak dilayan dan seolah olah tidak di dengar pun. Ya, mungkin apa yg ibu minta itu tidak penting bg mereka dan kadangkala hati ini mengatakan mereka ini berat sebelah.


Bila mana kamu meminta sesuatu dari ibu, dan ibu merasakan yg ia tidak penting, maafkan ibu. Bukan ibu tak sayang kamu semua, tapi ibu nak kamu tahu betapa susahnya ibu nak mendapatkan sesuatu semasa kecil dahulu.

Beringatlah anak anakku..

Hanya kamu semua harta yg ibu ada di dunia dan juga akhirat....


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 ulasan: