my follower

Jumaat, 27 April 2012

Tonsilitis

Asalamualaikum...

lama betul x jenguk blog aku ni haa...
bukan  xde masa, tapi masa aku banyak terbuang dengan kerja, dan anak2
pendek kata sibuk sikit jika nak dibandingkan dengan hari2 yg lepas.

Tonsilitis.
Anak2 aku baru jer melepasi satu penyakit ni.
Argghhh..stress betol!!

Tanda2 penyakit ni..
  • demam sehingga suhu badan naik sampai 40 degree (anak aku 40.3degree)
  • xde selera makan
  • sakit tekak

untuk pengetahuan, tonsil ni berada dalam mulut ...
Rupa tonsil yg dijangkiti mcm ni yea...

pinjam kat en google

Melalui pemeriksaan darah mmg menunjukkan anak aku telah dijangkiti. Dalam mulut dia sebijik mcm dlm gambar tu. Kesian....suara pun dah jadik lain.

So, terpaksa la start antibiotik.
Bila start antibiotik, cam biasa la kalau nak makan ubat punya time..
seksa yg amat...sabor je laa
Akhirnya, dengan kepakaran yg ada (ecececeh...), kami laki bini buat keputusan untuk memasukkan iv line...iaitu memasukkan ubatan melalui saluran darah. 
Apalagi, melalak sakan ler bila dicucuk...
sabar ye anakku..
ibu mahu kamu sembuh cepat...



PEACE!!

Finally...
inilah hasilnya...
memasang iv line dan membuat rawatan di rumah. heheheh..

Kebiasaannya pesakit yg mengalami tonsilitis akan dimasukkan ke wad untuk pemerhatian kerana jika kedua2 belah tonsil semakin membengkak, akan menyebabkan pesakit sesak nafas kerana saluran pernafasan tertutup. Dan boleh menyebabkan kematian.
tapi disebabkan aku malas nak berumahtangga kat wad, jadi aku membuat rawatan di rumah...hehhehe...
pada kengkawan, jgn tiru saya yer....

Alhamdulillah, ari ni ari yang ke 4 dia menerima antibiotik dan semakin sihat. Hari2 bertanya, 'bila Along nak pi sekolah ibu?' 


#takut dengar en asben cerita ada budak umur 6 tahun mati kerana tonsilitis#

Sabtu, 14 April 2012

bagus ke?

Kata mereka, produk ini bagus
Jadi,
Aku mahu mencuba....


ada sape2 yg pernah cuba?




Jumaat, 23 Mac 2012

Aku terkesima...




Alkisahnya...


Datang kerja macam biasa, tapi tahap mengantuk yg amat kritikal.
Andai disorong bantal...aduhhh...x tau sampai ke mana dah..


Seorang pesakit merenung aku dari jauh
Tersenyum simpul, tersenyum simpul...
Aku naik heran..
Aku pun bertanya...
"D..... hang dok sengih2 apa?" (dgn intonasi yg agak suam2 keras sbb takut pun ada..)
Lalu, dia pun menjawab dengan sengihan dia sehingga nampak barisan giginya yg banyak dah luruh
"Kakak misi cantek la..."  terkesima aku sebentar. Muehehehe


Ya, aku mengaku...aku menjadi kembang mekar sekejap...
Wakakakaaka....
what ever laaaa....


Note: actually, aku suka x amek port pun dia puji aku walaupun aku terkesima sekejap. Sebabnya pesakit aku tu ada history psikiatri....so paham2 aje laa...ngeh ngeh ngeh


Rabu, 21 Mac 2012

Inilah manusia.....


Ku tenung wajah itu...dalam...
Perasaan bercampur baur...
sedih, geram...mcm nak hempuk pun ada
sedang mengandung....6 bln ke atas barangkali..
ya, aku pun pernah mengandung...(3 kali ngandung kau!!)
dan aku tahu engkau sekeluarga mungkin dari kalangan org berada..ada aku kesah???
mungkin pada pandangan kamu, kami ni cuma kuli batak jer..
cuci berak org, cuci 'anu' org, cuci yg kotor2 
cara kamu memandang kami seolah olah kami ni pengotor, busuk!!

TAPI..
yg kami cuci tu bukan org lain..
sahabat seagama kami jugak...
x lain x bukan BAPAK kamu sendiri!!!
Sedarlah engkau wahai ibu yg tgh mengandung..
bukan ke semasa mengandung kena jaga perilaku, tutur kata, bahasa yg indah2
ini tidak...
kau lemparkan perkataan yg menusuk sampai ke tulang hitam
Perrggghhh.....aku akan ingat smpai mati! 

Aku lihat, sepanjang BAPAK kau di wad aku, x seorang pun ahli keluarga kamu yg menyentuh BAPAK kamu.
aku lihat kamu semua memerhati dari jauh, komen itu komen ini...
kalau betul la kamu semua menjaga elok bapak kamu, mana mungkin terlalu banyak luka bedsore yg ada di badannya....(bedsore adalah kudis yg terjadi akibat terlantar atau terbaring dalam jangkamasa yang panjang)
kesian....
kesian aku tengok pakcik tu. 
Mungkin anak2 dia fikir dengan duit boleh beli segala galanya sehinggakan budi bahasa langsung hilang, senyuman di bibir susah sekali nak terukir....

Ya Allah, aku telah mencuba menjadi yang terbaik. Andai aku berada di tempat pakcik itu suatu hari nanti, aku pohon padaMu supaya anak2 ku mengerti akan perasaan ku waktu itu, yang memerlukan bantuan dari tangan anak2 ku sendiri, bukan dari orang lain. Amin

Notakaki: Pesakit tu dah discaj dr wad aku. Ntah mcm mana agaknya keadaan dia di rumah..


Maaf anakku...



Lama juga blog aku ni terbiar..
Agak sibuk dlm seminggu ni ditambah dgn migrain yg agak menggila..
mcm nk hentak2 kepala ni ke dinding...


 


ku pandang kanan, ku pandang kiri..
ku lihat sudah terlena anak2 ku di sisi ayahnya...
hmmm...kesian..


ibu selalu marah2 bila migrain menusuk di kepala..
maafkan ibu yer,
bila ibu marah, bukan ibu tak sayang...


Ya Allah, kau kuatkanlah iman ku Ya Allah dalam mendidik anak2 ku yg semakin membesar..

Ahad, 11 Mac 2012

Semadikan aku...

Semangat giler nak tengok!

Nasib baik buat drama, kalau buat filem, frust menonggeng sape yang tengok.

Iklan dlm tv, mcm best...suspen....menakutkan....

tapi, ampeh....kalau nak bagi bintang, aku bg 3 bintang jer...

bye


note: esok nak balik kampung nak suruh en asben balik siang, kalau balik malam takut jumpa Saliha...muehheheheh

Jumaat, 9 Mac 2012

Sedih...





Video ini saya copy dari akaun FB saya. Amat menyentuh hati dan naluri. 

Ya, saya seorang ibu, dan saya dapat merasakan betapa kecewa dan hancurnya hati seorang ibu jika anak yang ditatang dgn penuh kasih sayang sanggup meninggalkannya seperti sampah yg jijik.


Buat anak makcik ni, kembalilah pulang ke pangkuan ibu mu sebelum terlewat, sesungguhnya Allah itu Maha Agung, dan ingatlah Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.