my follower

Selasa, 28 Februari 2012

Mandi Hadas

Salam readers...


Semakin usang blog aku ni dibiarkan...
Aku terbaca satu artikel tentang mandi hadas besar. Perkara wajib bagi LELAKI adalah keluar air mani dan berjimak. Bagi PEREMPUAN pulak, adalah haid, wiladah (melahirkan anak), nifas dan juga berjimak. 


Rasanya setakat mandi hadas untuk haid dan berjimak, semua org dah terer kan..hehe
Tapi, mandi wiladah ngan nifas ni kdg2 buat org pompuan konpius. Bukan takat pompuan, lelaki yg jadik suami pun ada yg x tau pasal nih. Ini ada info yg aku cari dlm google. Sila baca. Sharing is caring, right?




1. Wiladah
Wiladah disebut sebagai perkara yg termasuk di dalam perkara yang diwajibkan mandi. Maksud mandi kerana wiladah ialah mandi kerana beranak, sekalipun melahirkan tanpa basah (darah). Hatta mengalami keguguran anak (sekalipun hanya berupa darah beku  atau hanya berbentuk seketul daging) juga wajib keatasnya mandi wiladah. Tidak terkecuali juga bagi wanita2 yg terpaksa menjalani pembedahan perut (C-section), maka wajib baginya mandi kerana beranak (wiladah) setelah berlakunya kelahiran.

Niat mandi wiladah : " Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala". 

2. Nifas 
Darah nifas (post-natal bleeding) disebut sebagai darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Mandi nifas adalah wajib dilakukan setelah darah nifas kering (habis),  tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.

Tempoh biasa bagi nifas (average) ialah 15 hingga 40 hari, manakala paling maksimum ialah 60 hari (selepas itu, jika masih keluar darah, ia dianggap darah istihadhah atau darah penyakit dan wajib mandi dan bersolat sebagaimana biasa).

Secara umumnya apabila seorang perempuan telah melahirkan anak, dia wajib mandi kerana beranak (wiladah) dan wajib juga ke atasnya mandi nifas setelah berhenti darahnya sekalipun setitik,atau habis tempoh masa yang sederhana iaitu 40 hari atau masa paling maksima selama 60 hari . 

Sering timbul kekeliruan sama ada perempuan yang baru bersalin itu wajib melakukan kedua-duanya sekali – mandi wiladah dan mandi nifas. Ada pendapat mengatakan mandi wiladah itu khusus kepada mereka yang melahirkan anak tanpa keluar darah nifas atau mengalami keguguran. Walaupun tiada darah nifas yang keluar selepas bersalin, wanita itu tetap wajib mandi sebelum dia boleh mengerjakan ibadah seperti biasa atau untuk bersama suami. Dan mandinya itu adalah mandi yang disandarkan kepada tafsiran illat (sebab) iaitu mandi kerana beranak.

Bagi wanita yang mempunyai darah nifas (dalam tempoh yang disebutkan di atas), tidak kira sama ada dia bersalin secara normal atau pembedahan, maka dia mesti menunggu hingga darah nifas itu kering dahulu barulah boleh mandi dan beribadah seperti biasa. Tak perlulah dia mandi wiladah pula selepas bersalin dan kemudian mandi nifas pula selepas darah nifasnya kering. Kalau nak ikut logik akal, memang tak logik perbuatan tersebut kerana mandi wajib bertujuan menyucikan diri bagi membolehkan beribadah. Apa gunanya mandi wajib kalau masih tak boleh solat kerana masih dalam keadaan bernifas?

Untuk lebih kepastian, cuba klik di sini. Chek malas nk taip panjang2 aih...

Isnin, 13 Februari 2012

Cita-cita

Ini cerita benar...

Masa kecik2 dulu, org selalu tanya...
'Dah besar nanti nak jadik apa?'

3 pilihan yang diberi..

1.  cikgu
2.  kerani
3.  pramugari...

Jururawat?? Takde pun dalam senarai..takde terfikir pun nak jadik jururawat/nurse/misi..

Bila dah ada anak anak yang bersekolah, barulah aku tahu kenapa Dia menjadikan aku seorang jururawat. Rupanya aku langsung tiada kesabaran setiap kali aku mengajar.


Sesekali aku terfikir, patutlah aku dijadikan seorang jururawat, kalau aku jadi cikgu??? Memang teruk anak murid aku kerjakan!! Hehehhe...Takde la teruk smpai macam tu kan....


Kenapa aku post status ni? 


Last year 2011, Along masuk taska. Tahun ni, Along ngan Angah masuk taska pulak.


Beban mmg terasa setiap kali kalau ada homework yg cikgu depa bg.


Setiap kali ada homework, akan kedengaran la suara aku yang lemak merdu ni bertukar menjadik suara harimau kelaparan!


 Asik nak naik angin jer, sudahnya menangis smpai meleleh2 air mata budak2 tu aku buat! 
Kesian pulak!!

Kepada anak anak ibu terutama Angah, ibu marah sebab ibu sayang kamu semua. Ibu nak anak anak ibu jadi anak yang berguna bila dah dewasa nanti. Bukan bermakna ibu marah, ibu benci kamu. Tidak! Ibu sayang anak anak ibu. Sabarlah wahai hati....





Rabu, 1 Februari 2012

Indahnya ciptaan Mu....

Hai....

Indahnya ciptaan Mu Ya Allah...
Alhamdulillah...aku masih bernafas lagi...

eh..korang nak tengok apa yg indah tu???
Jom tengok...



nampak tak 2 pelangi tu...












Cantik kan? Gambar ni aku ambik pada 23hb Januari 2012, di kampung aku Gopeng, Perak...
 jam berapa aku x ingat. 
Guna kamera Nikon D3100..
Gambar ni aku edit ckit2 jer....bukan pandai sgt pun guna DSLR

Cam jakun jer aku kan...
hehehhe..memang jakun pun!!
Aku x pernah tengok pelangi dtg smpai dua...
Biasa aku tengok satu jer....

Cantik kan.....

Notakaki: Org tua2 kata, jgn tunjuk jari telunjuk kat pelangi, nnt jari tu kudung...kenapa ek depa kata cam tu??? ada sesapa leh bg tau???