my follower

Isnin, 19 November 2012

Breastpump

Asalamualaikum..


Di saat kandunganku mencecah 27 minggu, Alhamdulillah, segala galanya dalam keadaan yang baik-baik.
Baik dari tekanan darah, Hb, urin, semua normal.


Di saat ini, hati memang meronta2 dan nafsu bagai membuak2 untuk mencari barang2 keperluan baby ni. 


Apa yang aku dah beli? 
En suami suruh aku listkan brg2 keperluan yang wajib dibeli. Disebabkan xde masa, jadi ingat gitu2 jer. 
Actually, aku mau berjimat. Jenuh aku punggah baju2 baby yg lama dulu, rupa2 nya aku dah bagi kat org. Huhuhu...sayangnya....Ye laaa...ari tu plan nak stop dulu, tup tup ada pulak. Rezeki kata orang....hehe


Dipendekkan cerita, waktu aku mengandung sebelum ni, memang senang nak bershopping. Sebabnya ada bibik kat umah yang tolong tengok2 kan anak2 kat umah. Sejak xde bibik ni, jenuh nak angkut tiga org ni pegi shopping. Bukan jenuh apa, jenuh nak kepung!!!. Sabor je laaa...


Jadi, alternatif lain, ada barang yang aku beli secara online. Masalah puas hati ke tak puas hati ke kena tolak ke tepi. 


Setakat ni aku baru survey breastpump kat http://www.onebabyworld.com dan baru jer order breastpump brand medela. Daripada review2 dan testimoni yang aku baca kat fb dan blog, majoriti mengatakan medela is the best. Bukan apa, hajat di hati nk bg fully breasfeeding. InsyaAllah....doakan saya yer....


Medela - Harmony **Flexi-Package**


  • Autumnz cooler bag/tote
  • Basic accessories:
    • 1pc of Autumnz Comfort Nursing Bra* worth RM39.90 (Kindly indicate the size of the Autumnz Comfort Nursing Bra worth RM39.90 per piece before checkout).
    • 8 bottles of Autumnz PP Milk Storage Bottles (with FREE 2 bottles and 5 pcs Autumnz Double Ziplock Storage Bag) worth RM38.90
    • 3 packs of Autumnz Reusable Ice Pack worth RM23.00
  • FREE Gifts:  
    • 1 unit of BPA Free Deluxe Bottle Drying Rack worth RM39.90
    • 1 unit of Receiving Blanket worth RM15.90
    • 4 pcs Washable Breastpad worth RM12.90
    • RM10,000 sum insured personal accident insurance
    • RM20 


With this PWP, you will receive:
  • 1 Autumnz Classique Cooler Tote worth RM46.90 (available in few designs : black, black, polka, vanilla polka, crimson polka, pink polka for your selection)
  • Basic accessories
  • FREE Gifts

Total harga dia RM330 including postage. Agak2 ok tak harga pakej nih??? Yang ni je yang mampu....heheh....doakan saya berjaya yea...;-)




Rabu, 7 November 2012

Macam pelik jer aku ngandung.....

Salam...


Semangat nak berblogging masih ada, cuma masa yang tak mengizinkan..
Cumanya hari ni aku terasa hati...(pembawakan budak kot...)
Untuk pengetahuan readers sekelian, aku sedang mengandung anak yang ke 4..
Rata2 member aku mengatakan aku agak produktif...(ehehhe....malu nak sebut...)


Tapi....
Ada jugak yang cuak...
pelik atau buat2 pelik...


entah apa yang pelik, aku pun x tau...
Anak tu kan Anugerah....Rezeki....
Bukan senang nak buat anak tau!!!


Ada seorang kawan sekerja..
Agak lama tak berjumpa sebab bekerja kat department lain...
Terjumpa aku pagi tadi yang dah lama beruniform mengandung..


Dari riak muka nya macam agak cuak...terkejut barangkali..
" Aiihhh....ada pulak?? eiii...hang ni aktif betul!!!"
Aku pun jawab..."Biasa ler, rezeki jgn ditolak..."
Dia pun menjawab, "Takut nnt pas bersalin 'ada' pulak...!!!"


Ek eleh...macam ni punya org pun ada ka??? Suka hati aku laa.....haishhh

Sabtu, 27 Oktober 2012

Maggi lagi.....

Rasanya tak terlewat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha....


Semalam 26hb Oktober, Hari Raya Aidiladha, aku bekerja di pagi raya..
Sepanjang perjalanan ke tempat kerja, jalanraya lengang...(mula kerja pukul 7am)
Sampai di tempat kerja, sayunya terdengar takbir raya..


tiba2 perutku berbunyi...baby di dalam ni mula menggodek2...
LAPAR....
Beginilah kalau bekerja di pagi raya..
serba tak kena mencari makanan di pagi raya...


Achaner mau kerja kalau perut kosong????
dah ku jangka akan jadi begini, seperti raya2 yang lepas...
semua jadi tak ketahuan, godek sana, godek sini...
kedai semua tutup even kedai mamak...


At last, terpaksa beli MAGGI....
Aduhhhh...sedih...perit...sayu...pilu....


Waaaaaaa........Sedih di pagi raya.....

Jumaat, 26 Oktober 2012

Daku terpesona...

Salam...


Waduh...waduh...bikin gawat nih!!!
Sejak memikirkan yang aku akan bersalin x lama lagi, pastinya perbelanjaan semakin bertambah. Hahh....x mungkin satu keajaiban akan berlaku....haihh...


Sekarang, aku tergila-gilakan cloth diaper brand Charlie Banana...khas untuk baby newborn. Nak tengok????









Comelkan??


Hehhehe...bila memikirkan harga dia yang not bad, rasa macam susah hati nak order....Tapi, kemudian hari memang menjimatkan, ye dak????
Nak tengok lagi???













Achaner??? Tergoda tak??? Sesuai dengan newborn 3kg-8kg...Price 1 set (6pcs) around RM300+....
















Sabtu, 20 Oktober 2012

Kurus atau gemuk?

Bila pandang tubuh anak2, hati kecil berkata..'awatla kuruih sgt anak anak aku ni, mcm x cukup makan..'

Adeh la..mkn mmg cukup, kekadang smpai nk menambah nambah..
Vitamin mcm2 vitamin dh mkn.,

Ni ikut badan mak ngan ayah dia la ni..

*toksah la duk bg vitamin je, padahal selera makan kemain lagi...*

Dan tengok la beza gambar anak aku ngan anak member aku, fuhh..jeles tol!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Rabu, 17 Oktober 2012

Adakala berjauhan itu lebih baik....

Title x berapa sesuai kan....

Di usia kandunganku mencecah 22weeks, anak2 sibuk bertanya..

'Ibu, kenapa baby ibu tak keluar lagi?'
'Nanti baby kuar, banyak darah ye ibu?'

Hehhh....tak sabar rupanya kamu semua yea....





Mood: rindukan en asben yang sedang bekerja malam.......hehehe

Eh..korang asingkan anak2 dari tempat tidur umur bape ek????

Rabu, 3 Oktober 2012

Sabar itu separuh dari iman

Aku teringat lima perkara...


Sihat sebeluim sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin 
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati.....


Walaupun engkau berpangkat tinggi, berharta, dihormati, engkau minta dihormati.
Segala apa yang kau minta, engkau mahukan segera.
Bilamana kehendakmu tidak dituruti, engkau mahu jumpa orang atasan
Engkau mahu menjatuhkan maruah mereka yang tidak menurutimu...


Apakah engkau tidak tahu...
Allah sedang mengujimu..
Menguji dengan kesakitan yang berpanjangan
Mungkin engkau masih tidak menyedari.


Sedarlah engkau...
Aku amat bangga dengan kerjayaku...
Dan aku akan tolong sebaik mungkin jika kau memerlukan pertolongan..
Tapi, 
engkau terlalu bodoh!!!!!


Engkau tu dah la sakit, duduk kat hospital daerah yang penuh dengan pesakit yang kronik..
Nak mintak ubat pelik2 kat hospital daerah, memang ler takde pakcik hoiiii...
Dah tu nak naik angin tak tentu pasal, ada hati nak komplen kat kementerian dan menggunakan nama isterinya yang juga bekerja di bahagian kesihatan (padahal JM jer...)

Tak usahlah nak berlagak pakcik hoiii....
Kita ni manusia biasa, ada salah dan silap
Takde sape yang perfect dalam dunia ni....

Alahaiii....pakcik..pakcik.....


Aku pun kadang2 heran gak dengan sesetengah orang awam ni. Pelik tapi benar...Kalau dah agak2 nak layanan first class bagaikan putera raja, ditatang bagai minyak yang penuh, jgn ler datang kat hospital kerajaan...hospital daerah plak tu.  Duk kat 3rd class, tapi nak lynn first class...Pi la masuk hospital swasta, dah memang terang2 depa layan first class punya. 

Ni tak...bayar RM3 sehari pun nak kecoh!!! Achaner tu??????








note: jgn terasa yer...hanya luahan hati yang tak brp nak puas hati.....huhu