my follower

Rabu, 17 Oktober 2012

Adakala berjauhan itu lebih baik....

Title x berapa sesuai kan....

Di usia kandunganku mencecah 22weeks, anak2 sibuk bertanya..

'Ibu, kenapa baby ibu tak keluar lagi?'
'Nanti baby kuar, banyak darah ye ibu?'

Hehhh....tak sabar rupanya kamu semua yea....





Mood: rindukan en asben yang sedang bekerja malam.......hehehe

Eh..korang asingkan anak2 dari tempat tidur umur bape ek????

Rabu, 3 Oktober 2012

Sabar itu separuh dari iman

Aku teringat lima perkara...


Sihat sebeluim sakit
Muda sebelum tua
Kaya sebelum miskin 
Lapang sebelum sempit
Hidup sebelum mati.....


Walaupun engkau berpangkat tinggi, berharta, dihormati, engkau minta dihormati.
Segala apa yang kau minta, engkau mahukan segera.
Bilamana kehendakmu tidak dituruti, engkau mahu jumpa orang atasan
Engkau mahu menjatuhkan maruah mereka yang tidak menurutimu...


Apakah engkau tidak tahu...
Allah sedang mengujimu..
Menguji dengan kesakitan yang berpanjangan
Mungkin engkau masih tidak menyedari.


Sedarlah engkau...
Aku amat bangga dengan kerjayaku...
Dan aku akan tolong sebaik mungkin jika kau memerlukan pertolongan..
Tapi, 
engkau terlalu bodoh!!!!!


Engkau tu dah la sakit, duduk kat hospital daerah yang penuh dengan pesakit yang kronik..
Nak mintak ubat pelik2 kat hospital daerah, memang ler takde pakcik hoiiii...
Dah tu nak naik angin tak tentu pasal, ada hati nak komplen kat kementerian dan menggunakan nama isterinya yang juga bekerja di bahagian kesihatan (padahal JM jer...)

Tak usahlah nak berlagak pakcik hoiii....
Kita ni manusia biasa, ada salah dan silap
Takde sape yang perfect dalam dunia ni....

Alahaiii....pakcik..pakcik.....


Aku pun kadang2 heran gak dengan sesetengah orang awam ni. Pelik tapi benar...Kalau dah agak2 nak layanan first class bagaikan putera raja, ditatang bagai minyak yang penuh, jgn ler datang kat hospital kerajaan...hospital daerah plak tu.  Duk kat 3rd class, tapi nak lynn first class...Pi la masuk hospital swasta, dah memang terang2 depa layan first class punya. 

Ni tak...bayar RM3 sehari pun nak kecoh!!! Achaner tu??????








note: jgn terasa yer...hanya luahan hati yang tak brp nak puas hati.....huhu



Isnin, 1 Oktober 2012

Apa yang aku cari??

Salam

Menjenguk blog aku yang semakin bersawang ni, cian kat blog aku...
Dok jenguk blog orang, tapi blog sendiri yang terbiar...hehehhe


Sejak preggy ni, tiap kali online aku akan bukak site tentang preggy, breastfeeding and all about the baby's world. Macam tak percaya aku akan preggy kali ke 4....produktif betul!!!


Benda pertama yang aku tengah cari sekarang adalah breastpump. Aku tengah survey2 breastpump apa yang mampu aku beli. Cukup buat aku selesa dan boleh menghasilkan susu yang banyak untuk baby baru aku. Sebelum ni aku guna yang murah2 jer tapi ada yang menyakitkan dan buat aku tak selesa. Dan of course aku akan beli secara online. Kenapa? Teruskan membaca...

Any suggestion?

Benda kedua yang aku cari adalah breastmilk storage. Tak kisah la yang jenis botol atau plastik. Kalau nak nampak cantik tersusun, of course la botol kan...tapi tak menjimatkan ruang. Kalau guna plastik plak kang, ada potensi plastik tu pecah atau leaking. Tapi, yang penting....free BPA. Yang ni pun aku akan beli online....

Any suggestion?

Benda ketiga yang aku survey, deep freezer. Haii....nafsu org pompuan ni tak leh nak jangka! Peti ais yang aku ada sekarang ni memang banyak compartment. Tapi tempat yang beku, alaa..ciput jer...
Sesekali beli lauk pauk ditambah ngan fast food (nuget or something else) memang penuh. 
Ari tu ada gak sound2 kat en asben....'Eee..penuh peti ais nih...sampai nak letak lauk pun xde tempat. Ni kalau bersalin ni kena beli deep freezer nampak gayanya....'  
En asben dok jeling jer...alaa...dun worry la abang, kalau beli pun bukan beli guna duit abang pun....(hanya berkata2 dalam hati jer....) Heheheh. Yang ni kena bawak en asben pi kedai tengok sendiri.
So, deep freezer brand apa yang ok? 

Kenapa nak beli online? 

Susah betul nak citer...Lain orang lain pandangan. Memang hajat hati mau beli kat kedai dan tengok sendiri. Tapi disebabkan kekangan masa dan keadaan di samping tidak mendapat sokongan dari asben sendiri. Ketiga2 anak yang lahir tak ada yang mencecah 5 bulan dalam dunia breastfeeding. Memang aku frust. 
Walaupun aku bekerja dalam health side, tapi aku kurang mendapat info tentang breastfeeding disamping tak mendapat sokongan penuh dari asben sendiri. Ye la...dulu aku takde lappy, skrg dah ada. Dulu xde internet, skrg dah ada streamyx..Dulu takde Fb, skrg dah ada....Zaman dah berubah....


So, kengkawan, cer bagi sokongan kat saya untuk memenuhi impian saya dalam dunia breastfeeding yeaa....Tq, singgah kat blog usang nih...







Rabu, 12 September 2012

Jom stripwash CD!!

Salam...

Bila tgk CD (cloth diaper) yg berlambak dlm almari, aku bercadang nak buat stripwash kt cd tu. Sejak beli ari tu, aku x pernah stripwash..hehe..

Kenapa cd kena stripwash?
Cd yg aku guna skrg ni bkn brand yg mahal pn, even pakai brand cd yg mahal pun, bila tiba masanya kena gak stripwash cd tu..
Kenapa? Sebab cd yg dipakai lama akan menyebabkan tahap penyerapan makin b'kurangan. Itu sbbnya kdg2 cd tu akan jadik leaking, meleleh2 air kencing..huhu

Bila kena stripwash?
Sepatutnya 3 hingga 6 bulan pemakaian. Hehe...cd aku dh dkt 2 thn x stripwash, sbb kurang informasi. Bila dh tau, baru terhegeh2 nk buat..

Cara2 stripwash?
Aku pun google jer. Disbbkan aku malas, aku buat cara yg paling senang..
Mula2 asingkan cd dan insert.
Pastu korang rendam cd ngan sabun sunlight (sabun basuh pinggan tu). Masa rendam tu korang gonyoh (gosok2) cd luar dan dlm. Gosok ngan lemah lembut ye..then korang bilas ngan air biasa smpai hilang sabun dia.

Yg insert dia pulak, aku rendam dgn air panas suam+sedikit cuka. Fungsinya untuk membuang lebihan sabun2 yg melekat kt insert tu di samping melembutkan insert tu tadi. Rendam ikut suka, ada yg suka semalaman, mcm aku separuh ari je dh cukup. Pg2 aku rendam, tghari ckit aku dh bilas.
Dh abis rendam, korang bilas ngan air biasa smpai korang rasa cuka tu dah xde. Then korang mskkan cd ngan insert dlm washing machine. Cuci mcm biasa, tp terpulang sama ada nk buh sabun ke tak. Aku buh ckit je, kasi wangi2 ckit..hehe

Pastu boleh la korang jemur kat terik matahari sampai kering..
Selamat mencuba..

Published with Blogger-droid v2.0.9

Ahad, 9 September 2012

kesayanganku

Salam,

Apa khabar kamu di sana?
Harap sihat2 di sana
Maaflah, kesibukan aku telah mengabaikan kamu
Maaf ye...
Bukan aku tak sayang
Tapi masa tak mengizinkan
Sesungguhnya masa itu mencemburui aku!

Kamu duduk baik baik di sana
Jangan nakal nakal di sana
Sesungguhnya aku tidak sabar untuk ketemu kamu
Akan aku jaga kamu sebaik mungkin
Mana bisa aku menyakiti kamu
Akan ku korbankan segalanya untuk kamu

Sayang aku pada kamu tak tergambar dgn kata2
Ahh..tak sabar aku menunggu kamu tahun depan

Ya Allah, kau permudahkanlah segala urusanku..

Notakaki: udah 2 minggu aku tak pergi TCA antenatal!!!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sabtu, 8 September 2012

Moga ada sinar untuknya....

Salam semua...

Aku nak cerita sesuatu di sini. Aku mengenali seorang wanita ini setelah dia berkahwin dgn rakan tempat kerja suamiku. Aku mengenali dia pun melalui laman sosial facebook.  Aku jarang berjumpa dengan dia. Kalau berjumpa pun, aku sekadar tersenyum dari jauh. Tak pernah bersembang.  Cuma status yang dia update di fb jer membuatkan aku ingin mengetahui sesuatu. Tapi aku tidak khabarkan padanya.


Sejak kebelakangan ni, status yang dia letak di fb seolah-olah menyatakan yang dia amat kecewa, sedih, hampa...sehinggalah dia menyatakan status dari 'married' menjadi 'single'...Aku tertanya tanya sendirian, apakah? mengapakah? bagaimanakah? Hishhh...biar betul....

Sehinggalah tiba hari ini, mungkin dia pun nak meluahkan perasaan yang terpendam, perasaan yang remuk redam, dia menegurku melalui laman fb. Seperti yang aku jangka, mmg dia nak meluahkan perasaan dia. 


Rupa-rupanya rumahtangga yang dibina bersama sehingga melahirkan 2 cahayamata dah hancur dan musnah disebabkan orang ketiga. Ya Allah...dan aku tak sangka orang ketiga itu adalah rakan sekerja suaminya. Begitu berat dugaan yang Allah beri padanya. Dan yang paling aku tak boleh terima, bila suaminya berkata dia tak mahu bertanggungjawab dgn anak2nya....Bapa jenis apa tu? Suaminya ramai yang mengenali di tempat kerja kerana dia pandai bab2 agama, pandai mengaji, tapi kenapa melepaskan tanggungjwab macam tu jer? Islam mengajar kita begitu ke? Disebabkan cinta itu buta, semua harus diketepikan...anak2...isteri....rumahtangga....Tak ada perasaan langsung ke? Tak kesian kat anak2 ker?


Sebagai seorang isteri dan wanita, aku amat kecewa kerana ada juga wanita yang sanggup melukai kaumnya sendiri. Mengapa suami orang juga yang kau pilih? Apa tak ada lelaki lain ke kau nak cari??? Atau kau tu tak laku?  Ehh... Emosi pulak aku malam ni....


Apa yang aku boleh buat? Cuma bagi kata2 semangat jer...Tapi, aku salute la kat dia. Tabah  dan cekal betul dia. Kalau lah aku berada di tempat dia, x boleh nak dibayangkan betapa hampa dan kecewanya hati ini. Alhamdulillah...aku mempunyai suami yang begitu menghargai aku, yang menyayangi aku. 


Kepada 'wanita' itu, aku doakan kau tabah demi anak2 kau. Pedulikan apa orang kata. Berdoa banyak2 moga Allah beri balasan yang setimpal pada mereka. Bersabar banyak2....Insyaallah ada hikmah di sebaliknya...


Selasa, 4 September 2012

Testing ..testing..

Published with Blogger-droid v2.0.9