my follower

Selasa, 29 Mei 2012

tak tau nk kasi tajuk per..

Kerja dulu2 nak dibandingkan dgn kerja sekarang, memang banyak bezanya.


Kalaulah aku org kaya, dah lama aku berenti keje..huhu


Semakin hari semakin banyak pesakit, dan macam2 penyakit..


Ya Allah, kau jauhkanlah penyakit dari ku..


Mood: malasnakpegikeje..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Ahad, 20 Mei 2012

Beruntungnya kamu..

Bila ku pandang wajah anak-anakku, betapa beruntungnya kamu semua. Mintalah apa sahaja, selagi ada kudrat dan rezeki yg lebih, insyaallah akan kami tunaikan. Betapa beruntungnya kamu semua...


Semasa ibu kecil2 dulu, ibu tak pernah merasai apa yg kamu rasa sekarang ini. Ya, memang mak ibu seorg yg bekerja, mempunyai gaji yg cukup utk membantu abah ibu.

Memandangkan ibu anak kedua, ibu terpaksa banyak mengalah dgn adik beradik yg lain sementelah ibu dijaga oleh nenek ibu sejak dr kecil lagi.


Adakalanya ibu meratap sendirian, menangis bilamana permintaan ibu tidak dilayan dan seolah olah tidak di dengar pun. Ya, mungkin apa yg ibu minta itu tidak penting bg mereka dan kadangkala hati ini mengatakan mereka ini berat sebelah.


Bila mana kamu meminta sesuatu dari ibu, dan ibu merasakan yg ia tidak penting, maafkan ibu. Bukan ibu tak sayang kamu semua, tapi ibu nak kamu tahu betapa susahnya ibu nak mendapatkan sesuatu semasa kecil dahulu.

Beringatlah anak anakku..

Hanya kamu semua harta yg ibu ada di dunia dan juga akhirat....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 17 Mei 2012

Emas murah!! Murah!!!

Apa kata mereka yg mahu mendirikan rumahtangga?


Buat masa sekarang, cukup2 la barang kemas yg ada cik zehan oi..hehehe


Sesungguhnya syaitan sentiasa menghasut hamba2 Allah ini...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Khamis, 10 Mei 2012

Peringkat percubaan

Testing..testing..


Orang lain dh lama buat, aku baru terhegeh hegeh..tu pun terkial kial


Testing..testing 1,2,3


Published with Blogger-droid v2.0.4

Rabu, 9 Mei 2012

Untungnya kalo dapat somi pandai masak....

Hai bloggers..
En somi korang pandai masak?
Mati aku kalau en somi baca entry aku nih!!

Tipu la kalau aku kata somi aku x pandai masak...
Masak maggi, goreng telur, goreng nasi.....pandai la tu..(ayat penyedap ati)
kekadang masak lebih sedap dari aku..hehehe

Tapi, lebih untung kalau dapat yg pandai masak macam chef wan ke, paling cikai pun Felix yg terkeluar dalam Masterchef tu.kan..kan.







notakaki: walaupun en somi x pandai memasak, dia ada kelebihan yang lain yang tak ada pada aku. Aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana ketemukan aku dengan suamiku...........

Isnin, 7 Mei 2012

Keranamu 'Takdir Fitrah Terindah...'


Petang Sabtu lalu, kami anak beranak berwindow shopping di Bukit Jambul, Pulau Pinang. 
Ronda punya ronda, berkenan la pulak nak beli printer...
Saje nak mengabihkan duit yang ada...eheheh
Dalam dok cari printer mana yg sesuai, en asben sudah pening nak pilih..
aku pulak dok pening mengepung budak 3 org nih...
haissshhh....menguji tahap kesabaran tol...


Tetiba aku ternampak kedai Popular duk kat tingkat atas,
hajat di hati memang nak mencari satu novel nih.
Dah aim lama dah, 
tu pun lepas berkenalan dengan penulis novel ni melalui laman blog dia
mekacih kak hanis sebab folo blog saya eheheh
 

Then, printer dah dapat..
turn aku pulak!!!!!! 
hehehhe...


Semangat tol naik escalator tu walaupun escalator tu rosak!! penat wehhh!!
Masuk jer kat Popular, aku dah tak kesah kan anak2 aku...(teruknya...!!)
Terus jer menuju ke tempat novel2..


Sekali cari...eh x jumpa pun...
Kali kedua cari.....pun x jumpa..
x puas hati punya pasal, tanya kat akak cashier tu pulak..
katanya...."kalau xde kat situ, dh habis la tu.."
Hampeh!!!
Aku cari lagi...
Memang x der...
Lastly aku pilih novel lain...huhu...sedih
Kesudahannya....aku pulang dengan penuh kehampaan....


novel ni la yg aku cari...


notakaki: apakatakakhanisazla??lehbelionlinetak???muehehehe...



Khamis, 3 Mei 2012

Ujan lebat punya pasal....

Cuaca hari ni mendung...ujan lebat....sejuk...rasa ngantuk jer...
aku bercuti ari ni..
ye lah, kerja shif mana sama dengan kerja ofis hour..


Bila bercuti, bukan masa untuk bersenang lenang di rumah
rutin seorang ibu dan isteri sama je kan
hmmm...kadang2 bosan gak..eheheh


Melayan kerenah anak2 yang semakin membesar,
adakala menguji tahap kesabaran,
adakala menggelikan hati,
dan satu perkara ini amat menggelikan hati aku.





Ini namanya Nabil. Panggilan Angah.
Ari ni ibunya hanya masak telur dgn kacang panggang jer...
banyak jugak yg dia makan...
minum air pun sama banyak dgn yg dia makan.


Tak sampai sejam dia buang air kecil di bilik air..
aku biarkan...
then, dia bermain dgn abang dan adiknya..


tak sampai 15 minit, dia ke bilik air lagi..
pendek kata dlm masa 1 jam tu 3, 4 kali dia buang air kecil.


Kemudian, aku tegur..
'Kenapa Angah, asik ke bilik air jer....' aku berkata
Jawabnya dengan nada merungut..
" Eee.....ishhhh....kote ni asik nak kencing jer , bu...letih  Angah..."
Wakakakaka......(gelak dalam ati jer...)
Sabor aje laaa...
Ada ada je la anak aku sorang nih...



note: adakala menghabiskan masa bersama anak-anak amat membahagiakan.