my follower

Isnin, 13 Februari 2012

Cita-cita

Ini cerita benar...

Masa kecik2 dulu, org selalu tanya...
'Dah besar nanti nak jadik apa?'

3 pilihan yang diberi..

1.  cikgu
2.  kerani
3.  pramugari...

Jururawat?? Takde pun dalam senarai..takde terfikir pun nak jadik jururawat/nurse/misi..

Bila dah ada anak anak yang bersekolah, barulah aku tahu kenapa Dia menjadikan aku seorang jururawat. Rupanya aku langsung tiada kesabaran setiap kali aku mengajar.


Sesekali aku terfikir, patutlah aku dijadikan seorang jururawat, kalau aku jadi cikgu??? Memang teruk anak murid aku kerjakan!! Hehehhe...Takde la teruk smpai macam tu kan....


Kenapa aku post status ni? 


Last year 2011, Along masuk taska. Tahun ni, Along ngan Angah masuk taska pulak.


Beban mmg terasa setiap kali kalau ada homework yg cikgu depa bg.


Setiap kali ada homework, akan kedengaran la suara aku yang lemak merdu ni bertukar menjadik suara harimau kelaparan!


 Asik nak naik angin jer, sudahnya menangis smpai meleleh2 air mata budak2 tu aku buat! 
Kesian pulak!!

Kepada anak anak ibu terutama Angah, ibu marah sebab ibu sayang kamu semua. Ibu nak anak anak ibu jadi anak yang berguna bila dah dewasa nanti. Bukan bermakna ibu marah, ibu benci kamu. Tidak! Ibu sayang anak anak ibu. Sabarlah wahai hati....





4 ulasan:

  1. ekkekeke dah jadi ibu nie cabaran dia lebih berat kan ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha'ah...mmg berat....kena banyak bersabar...huhu

      Padam
  2. mak sy dlu pun garang kak. nanti diorg besar, diorg akan paham. :)

    BalasPadam