my follower

Sabtu, 8 Oktober 2011

Isi kandungan Bajet 2012



1) Tangani Inflasi
    - Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bawah RM3000
    - Penerusan subsidi bil elektrik RM20
    - Penerusan subsidi,insentif dan bantuan berjumlah RM 33.3 billion

2) Kakitangan awam
    - Struktur gaji lebih baik dengan kenaikan gaji 7-13 peratus
    - Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 mengikut gred
    - Umur persaraan dinaikkan kepada 60 tahun
    - Bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500

3) Pesara Kerajaan
    - Bayaran khas RM3000 kepada bekas anggota,duda dan balu polis khas dan polis   tambahan
    - Kenaikan pencen 2 peratus setahun
    - Bayaran bantuan RM500

4) Peneroka FELDA
    - FELDA Global Ventures Holding disenaraikan di Bursa Malaysia untuk jadi syarikat konglomerat global
    - Peneroka akan dapat durian runtuh

5) Perumahan Rakyat
    - Pembiayaan Skim Rumah Pertamaku dinaikkan kepada RM400,000
    - 15,000 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat
    - Subsidi RM20,000 bagi 10,000 rumah Program Perumahan Mesra Rakyat

6) Sektor Swasta
    - Caruman majikan KWSP untuk gaji bulanan di bawah RM5000 dinaikkan kepada 13 peratus
    - Pelepasan cukai sehingga RM3000 bagi caruman skim persaraan swasta dan anuiti insurans
    - Pengecualian cukai ke atas pendapatan dana skim persaraan swasta

7) Warga Emas
    - Caj pendaftaran pesakit luar percuma di semua hospital dan klinik kesihatan termasuk klinik 1Malaysia
    - Diskaun 50 peratus tambang LRT dan Monorel

8) Pelajar
    - Yuran sekolah percuma
    - Bantuan RM100 untuk semua pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5
    - Baucar buku RM200 kepada pelajar IPTA dan IPTS
 


4 ulasan:

  1. man: pencapaian diutamakan....hehe

    BalasPadam
  2. ada bagus ka?ok la tu kn....bnyk peningkatan....utk keselesaan bersame...;-)

    BalasPadam
  3. Fieza: Alhamdulillah...rezeki anak2 agaknya....

    BalasPadam